Nazar :)
11/14/2012 10:56:00 am
Salam .
Nazar bermaksud berniat untuk melakukan sesuatu jika
mendapat sesuatu yang dihajati . *cara aku paham lar* .
Nazar menurut
istilah fuqaha pula bererti mewajibkan diri melakukan ibadah yang tidak
diwajibkan oleh syarak secara mutlak ataupun ibadah yang bergantung kepada
perkara yang lain.
Semua antara kita mesti
pernah bernazar .Tambah-tambah orang yang nak amik major exam . Macam UPSR ,
PMR , SMRA,SPM,STAM,STP .
“Ya Allah, kalau aku straight A dlm exam nie, aku nak puasa “
“Ya Allah , kalau aku dapat kerja nih , aku akan sedekah “
Lebih kurang gutu lar bernazar . Pernah kan ? Kalau bernazar
, kita wajib melakukan apa yang dinazarkan .Tak buat , berdosa . Jadi, kalau nak bernazar, bernazar
yang mudah-mudah dah lar . Yang confirm kita boleh buat .Ni nak bernazar , bernazar
hiperbola abes .
“Ya Allah, klau aku dapat straight A , aku nk korbankan 10 ekor unta
untuk diberi makan kepada fakir miskin.”
Tudia , hg nk cari mana duit banyak tuh . Kalau tauke balak
tak pa lar . Seekor unta pon berbelas ribu . Nak sampai sepuluh . Pokai lar .
“Ya Allah , kalau aku dapat kerja ni, aku akan berpuasa 2 bulan
berturut-turut.”
Macam orang kifarat puasa dah . Pikiaq senang ka ? Mai
pompuan yang nazar nih, sampai mati tak abes . Yang menopause tak pa lar jugak
. hahaha .
Bernazar ni dah diamalkan dari zaman Jahiliah lagi .
Contohnya masa kisah datuk kepada Rasulullah ,Abdul Muthalib .
Abdul Muthalib pernah bernazar , bahawa kalau dia mendapat
anak lelaki yang ramai, dia akan menyembelih salah sorang daripada anaknya .
Setelah mendapat anak lelaki yang ramai , dia pon ingin menunaikan apa yang dinazarkannya
. Dia pon menggunakan kedah yakni mangkuk sakti . Dia menulis nama anak-anaknya
didalam kertas dan dimasukkan ke dalam mangkuk tu . Nama yang terapung akan
disembelihnya.Tup-tap-tup-tap , nama anak bongsunya yang terapung
iaitu,Abdullah . Masa nak sembelih Abdullah , pendeta berkata yang muka
Abdullah ada Nur An-nubuwwah(Cahaya Kenabian ) . Jadi, Abdul Muthalib pon
menggantikan Abdullah dengan seekor unta . Dia pon try sekali lagi kat mangkuk
tu, sampai 9 kali kali , nama Abdullah yg naik jugak . Setiap kali undian tu,
dia gantikan Abdullah dgn unta .
Tu bernazar lar tu . Paham ? Sebenarnya,kalau tak silap aku,
ada bahagian bernazar nih . Tapi, tak ingat dah . hehehe . Tu lar ustaz ajar,
roh dok tempat len . Dok berangan pa ntah . :)
2 comments
macam mane kalo kite terlupe nazar kite? atau kite pernah bernazar, tapi kite tak perasan. camne ye?
ReplyDeletesis, kalau terlupa takpa . Tapi kalau dah teringat balik,wajib tunaikan .Tapi jangan buat-buat lupa pulak ! haha :)
Delete