Ramadhanul Kareem

8/16/2012 11:16:00 pm


RAMADHANUL KAREEM
Salam.

Alhamdulillah,TRIAL dah lepas.Now,waiting for the results.Tak rasa leh dapat straight A.Jawab pon ikut suka hati ja.Rasa nak bubuh,bubuh ja.Syllabus tak baca habis.Amalan masa Ramadhan pon agak terjejas bahana tak buat preparation awal.Yang paling tak puas hati,cikgu-cikgu kata graf pemarkahan naik terok ! 85 % baru A ! Dah lar soalan payah,gred naik pulak.Punggah !Cikgu-cikgu pon tak sure gi.Tu  yang cikgu-cikgu nasihat,raya lu.Results buat tak tau.Satgi lari pulak mood raya.Tak leh relax dah kalau gunie.Satgi orang sembahyang raya,aku dok maki JPN.hahaha.



Lupakan pasal TRIAL.Kira-kira dah sebulan aku stop bukak internet.Tahan sebulan ja lar.Imma internet addict !Mana leh tahan lama.Kalau tak online tu,gelisah macam take-pitt tak hisap dadah.Jadi, Ramadhan hampa semua macam mana ? Lebih baik dari tahun lepas ? atau lebih terok ? 


Masa zaman Rasulullah,ketika baginda sedang dalam perjalanan nak naik mimbar untuk memberi khutbah,baginda menyebut ‘Ameen’ sebanyak tiga kali.Sahabat baginda berasa aneh,lalu bertanya ketika mereka selesai solat jumaat.

Ya Rasulullah,kenapa kau menyebut tiga kali Ameen semasa hendak naik ke mimbar tadi?
Ketika ingin naik ke mimbar,malaikat Jibril A’laihissalam berdoa kepada Allah dan dia meminta aku untuk mengaminkannya.

1-Ya rasulullah,celakalah seseorang hamba itu apabila disebutkan namamu dia tidak berselawat keatasmu.Katakanlah ameen.Lalu ku berkata Ameen.

2-Ya Rasulullah,celakalah seseorang hamba itu apabila tiba bulan Ramadhan,tapi dia tidak mendapat apa-apa sesudah Ramadhan.Katakanlah Ameen.Lalu ku berkata Ameen.

3-Ya Rasulullah, celakalah seseorang hamba itu apabila dia  mempunyai ibu-bapa tapi menderhakai ibu-bapanya.Katakanlah Ameen.Lalu ku berkata Ameen.

ALLAH THE GREATEST

Jadi cuba renung-renungkan yang no 2 tuh.Rasa-rasa kita macam mana ? Kita menjadi lebih baikkah sesudah Ramadhan ? Segala amalan harus diikhlaskan hati.Kalau nak tengok amalan kita ikhlas ka tak,tengok selepas Ramadhan,adakah kita masih istiqomah dengan  amalan kita ketika di bulan Ramadhan ? Renung-renungkan,dan selamat beramal.


Semoga kita mendapat keredhoaan Allah dan tergolong dalam hamba yang soleh dan solehah.Sama-sama mencari Lailatul Qadar,malam seribu bulan.Lupa pulak nak bagitau,kalau orang sebut Ramadhan Karem,kita kena jawab Allahu Akram.


Wassalam.




You Might Also Like

16 comments

  1. ouhh nak mengata aq nohh~siap hg :P
    Anyway sami yusuf??? W00w..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mcm kenai anda ! jumpa di sekolah :3

      Delete
    2. 曼鲁格8:57 pm

      saya xkenal anda, jawa :P terima kasih

      Delete
    3. seperti yg saya duga :P

      Delete
  2. Replies
    1. alip,aq bagi tazkirah pon hg kata mohong !

      Delete
  3. Anonymous9:39 pm

    85 baru A.
    parah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. correction,JPN 75 maybe ~ Kwn ana gtau baru2 ni ,.

      Delete
    2. 80 la wei~

      Delete
    3. confirm ka nyh ?

      Delete
  4. Anonymous2:32 am

    Bagus blog ni. Teruskan buat entry baru, nak baca. Terima kasih, sebab membuka mata saya, sedikit demi sedikit.Blog anda mempunyai motivasi dan mengingatkan pada Rabb.

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:41 pm

    btol kah 85 bru A? hancuss harapan nak kutip A bnyk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah . Kawan-kawan yg sklh lain kata 75 ja .Buat tak thu dah -.0

      Delete
    2. Anonymous7:55 pm

      tu sekolah lain... kalau asma A 90 kita nak ikut gak ka? sekolah kita MMAS la...

      Delete
  6. Anonymous12:42 am

    Tukar lagu ? Anyway , bila nak buat entry baru ?

    ReplyDelete

Everything Happen For A reason