RAMADHANUL KAREEM
Salam.
Alhamdulillah,TRIAL dah lepas.Now,waiting for the results.Tak
rasa leh dapat straight A.Jawab pon ikut suka hati ja.Rasa nak bubuh,bubuh ja.Syllabus
tak baca habis.Amalan masa Ramadhan pon agak terjejas bahana tak buat
preparation awal.Yang paling tak puas hati,cikgu-cikgu kata graf pemarkahan
naik terok ! 85 % baru A ! Dah lar soalan payah,gred naik pulak.Punggah
!Cikgu-cikgu pon tak sure gi.Tu yang
cikgu-cikgu nasihat,raya lu.Results buat tak tau.Satgi lari pulak mood raya.Tak
leh relax dah kalau gunie.Satgi orang sembahyang raya,aku dok maki JPN.hahaha.
Lupakan pasal TRIAL.Kira-kira dah sebulan aku stop bukak
internet.Tahan sebulan ja lar.Imma internet addict !Mana leh tahan lama.Kalau
tak online tu,gelisah macam take-pitt tak hisap dadah.Jadi, Ramadhan hampa
semua macam mana ? Lebih baik dari tahun lepas ? atau lebih terok ?
Masa zaman Rasulullah,ketika baginda sedang dalam perjalanan
nak naik mimbar untuk memberi khutbah,baginda menyebut ‘Ameen’ sebanyak tiga
kali.Sahabat baginda berasa aneh,lalu bertanya ketika mereka selesai solat
jumaat.
Ya Rasulullah,kenapa kau menyebut tiga kali Ameen semasa
hendak naik ke mimbar tadi?
Ketika ingin naik ke mimbar,malaikat Jibril A’laihissalam
berdoa kepada Allah dan dia meminta aku untuk mengaminkannya.
1-Ya rasulullah,celakalah seseorang hamba itu apabila
disebutkan namamu dia tidak berselawat keatasmu.Katakanlah ameen.Lalu ku
berkata Ameen.
2-Ya Rasulullah,celakalah seseorang hamba itu apabila tiba
bulan Ramadhan,tapi dia tidak mendapat apa-apa sesudah Ramadhan.Katakanlah
Ameen.Lalu ku berkata Ameen.
3-Ya Rasulullah, celakalah seseorang hamba itu apabila
dia mempunyai ibu-bapa tapi menderhakai
ibu-bapanya.Katakanlah Ameen.Lalu ku berkata Ameen.
ALLAH THE GREATEST |
Jadi cuba renung-renungkan yang no 2 tuh.Rasa-rasa kita macam
mana ? Kita menjadi lebih baikkah sesudah Ramadhan ? Segala amalan harus
diikhlaskan hati.Kalau nak tengok amalan kita ikhlas ka tak,tengok selepas
Ramadhan,adakah kita masih istiqomah dengan
amalan kita ketika di bulan Ramadhan ? Renung-renungkan,dan selamat
beramal.
Semoga kita mendapat keredhoaan Allah dan tergolong dalam
hamba yang soleh dan solehah.Sama-sama mencari Lailatul Qadar,malam seribu
bulan.Lupa pulak nak bagitau,kalau orang sebut Ramadhan Karem,kita kena jawab
Allahu Akram.
Wassalam.